Ahad, 9 Mac 2014

SUARA KITA





Konsert Teaterikal "SUARA KITA"

Sekali lagi TimeFaces diberikan kepercayaan oleh AWIE INTERTAINMENT SDN BHD untuk bersama-sama bekerjasama menjayakan konsert Teaterikal ini selama 7 hari atau 8 persembahan LIVE di Istana Budaya Negara. Bersama-sama TimeFaces Artistry Team sekali lagi kami berkumpul dengan penuh tanggungjawab untuk menjayakannya.









Panggung Sari, Istana Budaya.
3 hingga 9 Mac 2014

NOSTALGIA, itu merupakan predikat yang tepat dalam pengisian pementasan teater muzikal 'KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA' yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 3 hingga 9 Mac 2014.
SUARA KITA menampilkan gandingan 3 bintang yang tidak pernah hilang sinarnya; Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira yang bakal berkongsi pentas. Teater muzikal ini akan menjadi pengubat kerinduan para peminat kepada ketiga-tiga bintang ini.
Kalau anda nak tahu apakah kelainan yang diberikan oleh Awie di dalam Konsert Teaterikal Suara Kita ini, jangan lupa dapatkan tiket dan saksikan penyanyi pujaan ramai ini menyanyikan lagu-lagu yang pernah mencipta fenomena seperti Di Ambang Wati, Ratuku, Senja Nan Merah, Kekal, Bersama Akhirnya, Jendela Hati, Pasrah dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan anda, tiket persembahan yang berlangsung dari 3 Mac hingga 9 Mac 2014 di Panggung Sari Istana Budaya ini mula dijual dari harga RM79 hingga RM499 dan boleh dibeli di kaunter Istana Budaya ataupun layari Ticket2u.

Melalui gabungan tiga nama ini di dalam layar perak, industri filem Melayu telah melakar sejarah dengan menghasilkan kutipan sebanyak RM 4.2 juta. Ini adalah hasil gabungan tiga jiwa, suara dan populariti Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira sebagai watak utama yang membintangi filem 'Sembilu', yang pernah menjadi ikon percintaan anak muda malah mencipta suatu fenomena dua dekad yang lalu.
Seperti membukukan sejarah, KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA bakal mengimbau kembali momen kegemilangan 5 buah filem Melayu iaitu Sembilu, Sembilu 2, Tragedi Oktober, Merah dan Maria Mariana 2 yang akan menjelajah jiwa dan rasa khalayak selama 2 jam 30 minit dengan sorotan adegan dan lagu yang akan berisi momen-momen tersendiri buat khalayak yang sudah sekian lama mengikuti perjalanan seni mereka.

Penampilan dan suasana set pentas Konsert Teaterikal ini akan bertemakan 'English and Italian elegant' yang segar, dibawakan ke pentas yang berprestij ini dan dilatari visual menarik ... mengiringi senarai repertoire KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA. Akhir kata, konsert ini adalah sebuah persembahan yang wajar dijadikan satu lagi momen istimewa buat para peminat tegar Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain.   
























Selasa, 24 Disember 2013

Solekan untuk Jep SEPAHTU pada minggu 2, Maharaja Lawak Mega 2013 bertemakan : Cerita Rakyat/Dongeng. Solekan Watak2 yang Timefaces Artistry Team hasilkan adalah berdasar watak2 yang di bawa oleh para peserta MLM 2013 kali ini.
 Hadia membantu Afifi merealisasikan watak yang di bawa oleh Abg Isma ~ 'Jin' dalam cerita dongeng 'Badang'.
 Afifi tekun di dalam menghasilkan solekan 'Jin' untuk Abg Isma. dari Kump. OSAMA.
 Hadia dan Solekan watak 'Tua' untuk Kump. MAMU. sedang asyik dalam tugasan sempat juga hadia memerhati dan bertanyakan khabaran Timefaces Artistry Team..mengenai tugasan solekan mereka.

 Mira dengan solekan 'tua' untuk Abg.Yassin dari Kump. SYJ
 Hanim dengan kerja solekan 'Orang Minyak' untuk Kump. MAMU
Vicha dari Kump. SAYWHO membawa watak 'Gadis Orang Minyak'. Hanim dengan memberi penuh tumpuan dalam menghasilkan solekannya.
 Kirana dengan solekannya 'Mak' untuk Munir dari Kump.
 Suasana di bilik solekan untuk Maharaja Lawak Mega 2013.
 Abg.Ropie dari Kump. CHOMEY dengan wataknya 'Dayang Senandung' tapi kali ini berkulit 'Putih' tidak seperti Dayang Senandung yang asalnya berkulit 'Hitam'
 'Dayang Senandung Putih' hanya mahu wajahnya sahaja disolek putih.
 Shuk dari Kump. SYJ dengan wataknya 'Mr. Batu Bata'
 Nabil satu-satunya peserta solo di dalam Maharaja Lawak Mega 2013 dengan membawa watak pada minggu ini 'Malin Kundang'.


 Shuib 'Hang Tuah' & Rahim 'Hang Jebat' watak-watak yang dibawa oleh mereka.


 Azura melakukan solekan pada Bocil SAYWHO.
 Kak Didie dari Kump. TULANG dengan wataknya 'Puteri Hang Li Po'




 Senior Makeup Artist Abg.Amy menyediakan 'parut' untuk watak 'Si Bongkok'
 Shuib SEPAHTU dengan wataknya 'Hang Tuah'
 Menyediakan rambut palsu untuk watak-watak yang akan dibawa oleh peserta MLM 2013.
 Sebelum memulakan tugasan solekan , Hadia akan 'brief' pada Timefaces Artistry Team mengenai Solekan Watak-Watak para peserta MLM 2013.
 Hadia sempat juga bergambar bersama Datin Emylia, seorang yang ceria dan tidak sombong.
 Mawar dengan solekannya pada Abg.Os dari Kump. OSAMA

 Mira dengan solekan 'Si Bongkok' untuk Sharul SHIRO


 Acey dari Kump. BOCEY dengan watak 'Tua' cerita 'Bawang Merah & Bawang Putih'.
Behind The Scene : Segalanya bermula di Makeup Room, Auditorium MBSA Shah Alam.